Bicara Profesional : Rahsia Kejayaan Bisnes & Pembelajaran Online Oleh Tuan Irfan Khairi

Pada 25 Mei 2016, berlangsung satu program Bicara Profesional dengan tajuk “Rahsia Kejayaan BIsnes & Pembelajaran Online” yang dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Program ini diadakan di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam dan  dihadiri oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada warga koperasi sekitar Lembah Klang.



Majlis perasmian Bicara Profesional ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ramlan Kamsin, Timbalan Ketua Pengarah Akademik, MKM. Objektif program ini adalah untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan mengenai manfaat perniagaan online dan e-pembelajaran dan teknik-teknik bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan online. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan idea-idea baru berkaitan perniagaan secara online dalam kalangan peserta dengan pihak penganjur.


Penceramah Jemputan bagi program ini adalah Tuan Irfan Khairi, dari Irfan Khari Sdn. Bhd. Beliau merupakan seorang Usahawan Internet yang berjaya, Personaliti TV dan juga Radio. Tuan Irfan Khairi telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Internet Sebagai Media Promosi & Sumber Informasi”.


 

Secara keseluruhannya, program ini mendapat komen positif dari peserta terlibat. Kebanyakannya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan diadakan lebih kerap supaya warga koperasi memperoleh pengetahuan dalam membantu meningkatkan ekonomi anggotanya.

Comments