TEKS UCAPAN
PERASMIAN
TECHNOLOGY UPDATE
SISTEM PENGURUSAN BERKOMPUTER KOPERASI
MELAHIRKAN KOPERASI KOMPREHENSIF DAN
EFFISIEN
14 MEI 2015
YANG BERBAHAGIA
DATUK HJ YUSRA BIN SABAR – PENGERUSI MOCCIS
DATO’ ABDUL AZIZ BIN MAT - Timbalan Pengerusi MOCCIS
EN. MOHD ABDUL HAMID BIN HASHIM - KETUA
PENOLONG PENGARAH BHGN PEMBIAYAAN KREDIT SKM
YANG BERUSAHA
PN. HJH RAHIMAH ABD. SAMAD – PENGARAH
PUSAT ICT MKM
PUAN NABILLAH BT ZULKIFLY - TIMBALAN PENGURUS KEWANGAN DAN PENTADBIRAN MOCCIS JUGA
PENCERAMAH JEMPUTAN PROGRAM INI
WARGA KERJA MKM DAN PARA PESERTA YANG DIKASIHI SEKELIAN
WARGA KERJA MKM DAN PARA PESERTA YANG DIKASIHI SEKELIAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan
setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana dapat berkesempatan
bersama-sama dengan tuan puan sekalian di Program Teknologi Update anjuran
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
pada hari ini. Terima kasih juga saya unjurkan kepada pihak MOCCIS atas
kerjasama yang diberikan dalam menyempurnakan program pada hari ini dan begitu
juga dengan tuan/puan para hadirin sekalian.
Kita sedia maklum bahawa perkembangan ICT
masakini memberikan impak yang amat besar kepada dunia dalam apa jua aspek
kehidupan dan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi telah menjadi medium yang memudahkan semua urusan seharian kita
samada dalam urusan peribadi mahu pun pekerjaan dan perniagaan.
Bagi
membolehkan kita terus bersaing dalam dunia tanpa sempadan atau dunia di
hujung jari ini, data dan maklumat merupakan aset yang sangat penting dalam
dunia perniagaan kerana kejayaan
sesebuah organisasi sangat begantung kepada keupayaan organisasi memperoleh dan
memberi data serta maklumat yang tepat dan cepat. Ini adalah kerana dengan data
dan maklumat yang boleh dipercayai ini ianya membolehkan sesebuah organisasi
membuat keputusan yang pantas dan boleh
dipercayai (reliable).
Sistem pengurusan yang sistematik dan
bersepadu dapat memaksimumkan penggunaan semula maklumat yang tepat dan
efisien.
Sehubungan itu koperasi haruslah berani melabur dalam
teknologi terkini kerana ianya dapat membantu membuat keputusan yang tepat dan
cepat, mengurangkan kos pentadbiran dan penggunaan sumber dapat dijimatkan.
Penggunaan ICT juga dapat membantu meningkatkan tahap
ketelusan dan responsive pihak pengurusan koperasi dan boleh dijadikan alat
untuk membantu melaksanakan strategi perniagaan koperasi.
ICT juga mampu untuk membentuk budaya kerja
professional, tiada penyelewengan, lebih berintegriti dan beretika.
Oleh itu bagi memastikan perniagaan
koperasi tidak ketinggalan dalam arus pemodenan melalui sistem pentadbiran dan
pengurusan yang cepat, tepat dan boleh dipercayai maka Pengurusan Pangkalan
Data amat diperlukan.
Datuk, tuan, puan para hadiri sekalian
Masakini, terdapat pelbagai sistem yang
ada dipasaran yang dikatakan boleh membantu koperasi untuk menyimpan data dan
maklumat anggota serta aktiviti koperasi, namun tidak semua sistem itu menepati
kehendak kita dan mungkin tidak menepati kehendak aktiviti dan perundangan
koperasi.
Dalam usaha membantu koperasi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan
pengurusan mereka melalui penyimpan data dan maklumat yang lebih sistematik dan
terkini, maka MKM sentiasa memberikan pendedahan baru mengenai produk dan
perkhidmatan yang ada di pasaran yang dianggap sesuai digunakan untuk koperasi.
Dan pada hari ini kita mendapat kerjasama
dari pihak MOCCIS untuk memperjelaskan keperluan Sistem Pengurusan Berkomputer
Koperasi yang telah mereka bangunkan
untuk kegunaan koperasi semua.
Akhir kata, Saya berharap Sistem ini
benar-benar dapat membantu koperasi dalam mempermudahkan urusan seharian mereka
terutama sekali dalam menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh
anggota serta penyediaan laporan tahunan dan kewangan yang menepati peruntukkan
perundangan.
Namun yang demikian, terpulanglah kepada
koperasi untuk menilai dan memastikan samada produk dan perkhidmatan yang
disediakan ini sesuai atau tidak dengan koperasi tuan/puan.
Maka
dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim saya dengan segala sukacitanya
merasmikan Program Technologi Update: Sistem Pengurusan Berkomputer Koperasi:
Melahirkan Koperasi Komprehensif dan Effisien.
Sekian. Wassalammualakum warahmatullahi
wabarakatuh
Comments
Post a Comment