9 TIPS MEMBELI BELAH DALAM INTERNET


Tips 1: Perbandingan Harga
Buat perbandingan harga terlebih dahulu. peka terhadap pasaran semasa dan jangan terpedaya dengan penawaran harga yang murah





Tips 2: Semak Maklumat Perniagaan
Semak latar belakang syarikat atau perniagaan di Malaysia yang menawarkan produk di internet. Anda boleh mngesahkan alamat perniagaan mahupun nompbor lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengesahkan ketulenan aktiviti perniagaan tersebut



Tips 3: Semak Testimoni
Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat atau individu yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan perniagaan tersebut



Tips 4: Pilih Laman Web yang Dipercayai
Lakukan transaksi hanya melalui laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Seelok-eloknya pastikan pemilik laman web tersebut memeliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselelamatan tertentu. Jualan yang ditawarkan melalui laman web meungkin kelihatan menarik, tetapi pelbagai helah boleh digunakan untuk mengumpan anda melakukan pembelian





Tips 5: Ambil Kira Kos Sampingan
Sekiranya membeli dari laman web asing atau syarikat luar negara, elok difikirkan soal kos dan nilai barangan mengikut matawang tempatan. ambil kira kos yang perlu ditanggung dalam proses penghantaran barangan tersebut ke rumah anda. Kebiasaannya kos penghantaran adalah lebih mahal daripada anda sangkakan






Tips 6: Dapatkan Butiran Peribadi penjual
Dapatkan butiran peribadi penjual tersebut. Sahkan barangan yang hendak dibeli termasuk masa barang yang dibeli akan sampai




Tips 7: Kaedah Pembayaran
Kenal pasti kaedah pembayaran yang perlu dilakukan dalam pembelian tersebut. Elakkan dari mendepositkan wang ke akaun di mana nama pemegang akaun adalah lain daripada nama penjual tersebut



Tips 8: Semak Terma dan Syarat
Baca dan fahami terma dan syarat pembelian samada anda boleh memulangkan berang jika tidak berpuas hati atau produk berbeza di hantar ke rumah anda






Tips 9: Simpan Semua Bukti Pembelian
Cetak resit atau bukti pembayaran. Sentiasa simpan sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.





Nota: Sumber adalah daripada Buku Panduan Dalam Menjalankan Transaksi Elektronik Untuk Pengguna oleh KPDNKK












Comments