Technology Update - Perisian Perakaunan Patuh GST



Pengerusi/Setiausaha/Pengurus Koperasi

Y.Bhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,


Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan menganjurkan program Technology Update pada 6 Ogos 2015 (Khamis) di Auditorium Dato’ Abdul Majid, Maktab Koperasi Malaysia. Objektif program adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada warga koperasi berkenaan pematuhan undang-undang percukaian GST dan  kelebihan Sistem Perakaunan OBM dengan pematuhan GST dalam menguruskan operasi harian koperasi agar lebih efektif dan komprehensif.

Butiran lanjut mengenai program adalah seperti berikut:

Tajuk  : Sistem Perakaunan Patuh GST, Melahirkan Pengurusan Koperasi Komprehensif dan Efisien

Masa :  8:00 pagi - 1:00 petang

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Pn. Nor Aslamiah Ali  (03-79649055 atau 019-3442803) dan Pn. Rohaya Ibrahim (03-79649053 atau  013-2653435). Kesudian pihak tuan bagi menghadiri program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


“LATIHAN INOVATIF, KOPERASI PROGRESIF”


PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG

Comments