Penggunaan telefon pintar atau smartphones semakin popular pada masa kini dan akan
menjadi satu lifestyle, tidak mengira peringkat umur, lokasi atau status sosial. Ada yang
mengatakan tidak boleh hidup tanpa telefon pintar dan kita pernah mendengar kata ‘kalau
tertinggal dompet di rumah tidak mengapa jangan tertinggal telefon’. Hebatnya populariti
dan kewibawaan telefon pintar dalam mempengaruhi kehidupan kita seharian.
Kini, jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia dijangka mencecah 11 juta pada 2016
dengan kadar pertumbuhan tahunan 10 peratus dari 2013 hingga 2017 (Harian metro, 27
Januari 2016). Dengan itu, penggunaan telefon pintar amat memberi impak kepada
perniagaan kecil dan besar sekiranya peluang dan strategi melalui 'mobile apps' dapat
diaplikasikan dengan cara yang betul.
Tidak dinafikan pemasaran melalui 'mobile apps' merupakan strategi terkini dan berkesan
dalam pemasaran atas talian (online) dan ianya sudah diimplementasikan oleh syarikat3
syarikat besar di Malaysia. Namun, teknik 'mobile apps' masih belum popular dalam
kalangan usahawan baharu dan koperator yang sangat bergantung kepada platform media
sosial seperti Facebook dan Instagram.
'Mobile apps' akan menjadi penting kepada mana-mana perniagaan yang mahu melonjak
ke dalam dunia telefon pintar, kerana penggunaan 'mobile Internet' akan menjadi satu
kebiasaan dan keperluan kepada pengguna-pengguna telefon pintar. Persoalan kepada kita
yang mempunyai perniagaan, sama ada perniagaan konvensional atau online, apakah kita
telah berfikir dan bersedia untuk mengadaptasikan perniagaan yang sedia ada kepada
platform telefon pintar dengan mengadakan aplikasi mobile perniagaan sendiri dan
tahukah bagaimana caranya? Juga persoalan yang harus difikir bagaimana 'mobile apps'
dapat memberi lebih impak kepada perniagaan yang sedia ada?
Maka, tiba masaya untuk para koperator mendapatkan pendedahan mengenai mobile apps
dalam meningkatkan tadbir urus dan aktiviti perniagaan koperasi serta dijadikan wadah
komunikasi berkesan untuk koperasi.
JOM DAFTAR DISINI


Comments
Post a Comment